Assaalamualaikum w.b
Hai sahabat-saahabatku yang dirahmati Allah sekalian.. Apa khabar anda hari ini..? Ana tau sahabat-sahabat sekalian tidak sabar hendak menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta kan..? Begitu juga ana. Ana ada cerita yang hendak dikongsikan bersama sahabat-sahabat sekalian.. Sebelum itu ana mahu bertanya kepada sahabat sekalian, bagaimana puasa sahabat sekalian di bulan Ramadhan tahun ini..? Adakah sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya..? Harap puasa kita pada tahun ini lebih bermakna berbanding tahun yang sebelumnya. Amin InsyaAllah..
Ana nak cerita satu peristiwa yang berlaku di tempat ana belajar. Semasa ana dan kawan baik ana berjalan di susur gajah hendak pulang ke blok kediaman kami, kami terpaksa membuntuti sekumpulan pelajar perempuan. Sepanjang perjalanan mereka asyik mengumpat pensyarah mereka. Kami berasa tidak selesa dengan situasi tersebut. Kawan baik ana membisikkan sesuatu di telinga ana.
" wey, aku rasa kan puasa kiter arinie KURUS kot..Dari tadi kiter asyik dengar dorang mengumpat je. Tak larat aku nk dengar kot.."..
Kami telah memberi isyarat agar mereka berhenti mengumpat kerana menghormati bulan yang mulia ini, tetapi mereka hanya sambil lewa sahaja. Kami berasa amat geram dan kami hanya mampu mendoakan agar mereka berubah dan menginsafi kesalahan mereka.. Amin..Kita kene ingat balik kepada makna sebenar puasa mengikut syarak iaitu menahan diri daripada makan dan minum serta dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.. Satu lagi kisah semasa ana mahu pulang ke rumah untuk bercuti. Dengan selambanya pemandu bas itu menghisap rokok dan minum air di hadapan tempat awam. Penumpang yang bukan beragama islam melihat ke arah kami yang beragama islam. Ana yang berada di dalam bas itu berasa amat malu dengan tindakan pemandu bas tersebut. Ana tidak tau mahu letak muka ana di mana. Malu teramat sangat. tetapi , ana berfikir secara positif. Mybe pemandu tersebut keletihan memandu seharian tanpa berhenti. Ana pernah dengar bahawa pada bulan puasa jugalah perang Badar telah berlaku dan pada masa itu umat islam telah menang peperangan tersebut. Itu telah menjadi contoh yang terbaik bahawa seberat mana pun pekerjaan yang kita lakukan kita tidak boleh lemah. Kita mesti menunjukkan bahawa umat islam sentiasa kuat walaupun dalam keadaan berpuasa supaya dapat menarik orang bukan islam terhadap islam dan membuat musuh islam gentar terhadap umat islam. Tetapi pada masa kini ana dapat melihat banyak perbezaan di antara umat islam dahulu dan sekarang. Umat islam pada masa sekarang tidak kisah sama ada mereka berpuasa atau tidak. Mereka menggangap bahawa puasa ini adalah perkara remeh. Puasa terdapat dalam rukun Islam. Jika salah satu daripada rukun islam kita berani tinggalkan apatah lagi rukun islam yang lainnya. MasyaAllah.. Semoga kita tidak berada dalam golongan tersebut. Abah ana pernah berkata bahawa jika kita meninggalkan sayu rukun islam itu bermakna kita tidak memenuhi syarat bagi menjadi umat islam. Rukun islam amat penting yea wahai sahabat sekalian.
Jadi, marilah kita bermuhasabah diri kita semula dan ini turut menjadi ikhtibar buat diri ana sendiri. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan berada di dalam kalangan orang yang beriman. Amin..
No comments:
Post a Comment