Assalamualaikum w.b.
Hai sahabat - sahabat smua..? sihat..? Harap anda semua berada dalam rahmat Allah
sentiasa.. Amin..:)
Hari Ahad yang lepas ana bersantai bersama mak dan abah ana. Ana bertanya lar kisah percintaan mak dan abah ana. Macam mana mak dan abah ana bercinta.. heheh..
" Mak.. dulu sape yang mengurat dulu.. mak ke abah start dulu..?"
" Zaman mak ngn abah dulu xde maknanya nk bercintan-cintun nie.. buang mase je. Arwah atok ko yang jodohkan mak ngn abah. Mak terima je. Ikot cakap parents kan..Ikotkan hati mak xnk je. Mak dulu ramai peminat..hahahaha" kata mak ana sambil menjeling ke arah abah ana.
" perasan je mak ko tu.. Abah dulu semua prempuan nak kat abah. Tp mak ko jugak abah sayang..hahaha.." kata abah smbil mengenyitkan mata ke arah mak ana.
Mak ana ada memberitahu iaitu pada zaman 60-an , calon lelaki yang menjadi ranking paling top untuk dijadikan calon menantu ialah lelaki yang bekerja sebagai askar. Semua orang mengidamkan askar untuk dijadikan sebagai menantu. Termasuklah abah ana. Abah ana seorang askar. Sebab itulah arwah atok ana mengambil abah ana sebagai menantu.
Selepas zaman askar berlalu , diikuti pula zaman cikgu. Semua orang mencari seorang guru - guru muda untuk dijadikan menantu. Kemudian diikuti pula zaman usahawan muda aka businessman. Pantang je nampak usahawan muda yang bergaya @ kaya , dialah menjadi rebutan ramai.
Di zaman ana sekarang ramai pula mencari seorang ustaz. Semua remaja perempuan tergila-gilakan ustad. Ustad menjadi pilihan ramai kaum hawa di zaman sekarang. Alhamdulillah.. Akhirnya semua mahu kenbali ke jalan yang benar.. hehehe..
Mak ana bertanya lagi :
"ko pulak nk carik lelaki kerje ape nt..? ustad jugak ke..? "
Bagi ana cukuplah seorang lelaki itu beriman , bertangungjawab , penyayang dan paling penting dia mestilah pandai menyelesaikan masalah dan berfikiran terbuka. Ana tidak memandang harta dan paras rupa. Klu dapat yang macho itu org kate rezeki..hehe..
So bak kate mak ana :
JODOH TU BIARLAH ALLAH YANG TENTUKAN.. DIA TAHU APE YANG TERBAIK UNTUK DIRI KITA. KAN ALLAH AD BERFIRMAN BAHAWA LELAKI YANG BAIK HANYALAH UNTUK WANITA YANG BAIK.. SO JADILAH BAIK AGAR MENDAPAT SUAMI YANG BAIK JUGA.. AMIN..:)
No comments:
Post a Comment