Sunday, May 4, 2014

# LATIHAN PRACTICAL FOR MICROBIOLOGY

>

# LATIHAN PRACTICAL FOR MICROBIOLOGY

Assalamualaikum semua...

Ya Allah.. lama sudah saya tak update blog.. Sangat terharu bila ramai adik-adik di luar sana yang ingin sangat tahu pasal mIkrobiologi. Akak amat TERHARU OKAY. hahaha. 

Dah jadi akk saya nie. so you all... kos nie for part 6 kita tak ad kelas sebab kita must to attend for practical training for 3 MONTH. 

Lame tak ??? 

so time saya kene latihan industri, tempat pilihan ialah INSTITUTE MEDICAL MOLECULAR BIOTECHNOLOGY (IMMB) SG. BULOH. Tempat nie best sgt and paling penting semua alatan makmal dia memang SUPERRRBBB.. !!!

So time latihan industri nie, saya diberi tugasan membuat satu projek iaitu ` TRAN-CONJUGATION  OF PSEUDOMONAS '.

Best kot buat bende nie even leceh lar jugak sebab main sample bacteria dari patient yang memang dah dijangkiti oleh Pseudomonas Aeruginosa. BAHAYA tau kalau kita kene infection. So kita kene berhati - hati time handle this bacteria.

korang tau tak ape itu conjugation????

 CONJUGATION  is the transfer of genetic material (plasmid) between bacterial cells by direct cell-to-cell contact or by a bridge-like connection between two cells. It was discovered in 1946 by Joshua Lederberg and Edward Tatum, conjugation is a mechanism of horizontal gene transfer as are transformation and transductional though these two other mechanisms do not involve cell-to-cell contact.
Bacterial conjugation is often regarded as the bacterial equivalent of sexual reproduction or mating since it involves the exchange of genetic material. During conjugation the donor cell provides a conjugative or mobilizable genetic element that is most often a plasmid or transposon. Most conjugative plasmids have systems ensuring that the recipient cell does not already contain a similar element.
so conjugation tu macam kita bagi satu DNA of Pseudomonas yang resistant dekat satu antibiotic ( emipenem ) dekat satu lagi Pseudomonas yang sensitive dekat antibiotic( emipenem ) by bridge. 

projek nie makan masa jugak lar. ikot nasib.. kadang2 berjaya.. kadang2 tak. so mostly jarang2 dapat. so ALHAMDULILLAH.. saya telah berjaya men-conjugate kan bacteria tu. hahaha. *bangga pulop. (Astaghfirullah).
so nie lar picture yang saya boleh kongsi pasal projek nie. selamat mencuba. hahaha.

OKAYYY.. NIE LAR PICTURE CONJUGATION OF BACTERIA

NI IALAH Pseudomonas YANG TELAH CONJUGATE.
NAMPAK TAK BULAT PUTIH TU.
TU IALAH PSEUDOMONAS SP. LAIN.

NIE PULAH BACTERIA PSEUDOMONAS YANG BULAT HIJAU YANG TUMBUH DEKAT
BACTERIA LAIN.



OKAYYY. SEKIAN SUDAH CERITA SAYA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI FACEBOOK SAYA. HAHAHA.

MACAM FACEBOOK BOLEH CAKAP PULAH KAN.. OKAY..

SALAM..:)

Monday, May 13, 2013

# hantu koreaaa??? ermmmm..

>

# hantu koreaaa??? ermmmm..

anneayong haseayo ..

Haaaa... hari nie nak cakap pasal hantu korea ?? Apa tu hantu korea ?? sape ??? 
Nie nak habak mai. Hantu korea tu adalah manusia yg TERsangat lah gilakan pelakon or artis korea. Dalam hidup dia hanyalah korea je. Snaggup xmakan sebab nk beli tiket menonton performance artis kesayangan dorang. OOPPPPSSSS.... nie saya ckp xde kene mengena dgn yang hidup ataupun yang dah mati.

Errrmmm... saya PELIKKKKSSSS actually kenapa seseorang itu sanggup mengadaikan maruah dan jati diri masing-masing just because korean actors or singers??? WHYYYYY???? 
" ehhh, ada ke mcm tu??? " 

Sebab adalah saya berbicara di sini. Tersebutlah kisah kawan kepada kawan saya ( tak payah nk tau nama ) dia seorang wanita yang cantik lar kan.. barpakaian always like korean artist. All about fashion in korea she always up to date. Tak lar macam saya nie yg pakaian ketingaalan zaman. HUHHHH!! ADA AKU KISAH..

Pastu minah nie dengan bangga nye ckp :
" sory, i xmakan nasi2 nie. I kan org korea. I nak mkan kimchi je. chommal. OTTOKE.. panasnye malaysia." 
Mak cik, yang korea makan tu bukan nasi ke?? habis tu ap?? mee ke?? Yg peliks nye dye tu 100% org Malaysia. Then still xmngaku orag M`sia?? niee saya xler sabau. Nk je ku cepuuukkk muka dye. Pergie korea pon xpernah. Ada hati nk berlagak. Aissshhhhh! GERAMM da nie.

Nie satu lagi. Pantang betul org melayu + islam nie., da tau islam tu buat lah cara islam. Jagalah harga diri koraang. Pantang betul artis korea datang Malaysia, AMBOIIIII!! menggedik ko nyah. Yang peliks nye bila ada sesi beramah mesra dgn artis tersebut, semua SIBOOOKKKKK nak bersalaman dgn artis lelaki tersebut. FINEEEE!!!!! perempuan yg dulunya xpernah sekali pon pegang2 tgn LELAKI tetiba datang je mat korea tu ko BEREBUT2  nak pegang tgn dorang ..? siap BERSALAMAN sambil melompat-lompat mcm kera kena belacan.. Naik muak aku dgn perempuan plastik mcm korang nie. PLEASEEEEE lar jaga sikit maruah tu.

" NIE CIK SAFURA, MANA HANG TAU SUME TU" ENTAH2 HANG PERNAH PERGI KONSERT DORANG KAN ? "

MEMANGGG tak lar saya nk bazir duit demi artis yang BANTU AKU SIKIT PON MASUK SYURGA.. ermmm.. memang lar korang fanatik a.k.a peminat dorang. Bukan xbole korg nk pergi konsert tu. Tapi beragak lar. Xpaayah lar smpai LAAGGHAA. arasso ??

Saya pon minat gak korea2 nie, tp xde lar smpai lupa daratan as muslim. Always remember our religion where we go and do. DONT EVER AND NEVER FORGET IT !!.

Nie je lar coretan panas saya kali nie. ..:)





NIE MERUPAKAN LAGU KEGEMARAN SAAYA. HAAA. MINAT KOREA TU BOLE. JANGAN SAMPAI BERHABIS DUIT DAN GADAI HARGA DIRI. 

SARANGHAE. ANNAEYONG..

Tuesday, April 23, 2013

#majlis pertunangan

>

#majlis pertunangan

Pada 10hb Februari 2012 merupakan hari yg paling bersejarah dalam hidup seseorang yang amat penting dalam hidup saya. Pada hari tersebut merupakan majlis pertunangan kak Azni merangkap housemate saya di UiTM KUALA PILAH. 

Mesti korang pelik kan... nape nk cter pasal mjlis dye plak?? Kak Aznie merupakan salah seorang kakak saya yg paling sy hormati dan sayangi. So ini merupakan kali pertama jugak lah saya menghadiri majlis pertunangan sahabat sendiri. selama nie kan ikut parents pergi majlis org lain. So sekarang rase teruja dapat meraikan majlis sahabat sendiri.

Penat???
Tu perupakan perkara biasa jika kita lakukan majlis yg amat penting dlm hidup kita even that not my event. haha. Seronok sgggggtttt sbb dpt berkumpul ramai2. Yang paling xbole bla sy disuruh mengubah hantaran.. Nak tergelak pon ad jugak. Xsgke yg gubahan tu mnjadi amat menarik. Saya dan kwn2 lain kene buat mini pelamin. Nie merupakan saat-saat yg paling mencabar bg kami. Yelarrr.. First time kan buat pelamin. Macm2 idea jugak lar kami cuba. Smpai pukul 3 pagi kami menyiapkan pelamin. Akhirnya pelamin yg kami gubah mnjadi amat menarik walaupun it look simple but sedap jugak lar mata memandang. haha. 

nie lar hasil pelamin yg kami reka. sory kak aznie kalau xcantik..:(
majlis berlangsung dengan sempurna. Pada hari itu juga merupakan hari ulangtahun kelahiran saya yg ke-20. haha. Da tua rupanya safura. Kawan2 yg lain mmbuat kejutan pada mkm tersebut. Rasa nk menagis pun ad. Saya tak expect yg dorang akan smbut bufday saya sbb semua org tgh buzy kan.. Saya pon lupe yg pd hari tersebut merupakan bufday saya. Pandai dorang cover. By the way, thanks sgt2 semua. #kak aznie #kak fatin #kak hajar #kak dayah # raudhah # aisah #kak zeeha.. Sayang korang sgt2. Saranghae..

nie lar kek pelangi yg sgt sedapppp..

gambar kami bersama madam wanna be.

sweeetttttties.

kak aznie sedang sibuk bersiap.


debaran saat menuggu encik fiance.

kak aznie yg comel..
Kami akan mendoakan kebahagiaan akk bersama encik fiance a.k.a Affizi. InsyaAllah majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada tahun ini jugak. Marilah sama-sama kita mendoakan agar hubngan mereka kekal sehingga akhir hayat. Amin.

Saturday, December 29, 2012

SUNGAI NENGIRI - BERKAYAK ( PART 1 )

>

SUNGAI NENGIRI - BERKAYAK ( PART 1 )

Pada bulan September 2012, kelab Rekreasi UiTM KUALA PILAH telah mengadakan aktiviti berkayak di Sungai Nengiri, Kelantan selama 5 hari. Pada kawan2 yang mengenali diriku ini mungkin rasa tidak percaya bahawa diriku ini terlibat dalam aktiviti yang ` ganas ' seperti ini. haha. Hal ini kerana dulu diri ini amat pemalu dan susah nak libatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Tjen bila masok universiti ini tercabar diriku untuk menceburkan diri dalam sukan lasak. Ternyata aktiviti lasak ini amat best sangat2.. hahaha.

Pelbagai cabaran dan dugaaan kami hadapi sepanjang aktiviti kami di sana. kami bertolak seawal jam 6 pagi. Pada mulanya kami bertolak menaiki bas tetapi bas yang kami tempah rosak. So lecture kami terpakse mncari alternatif lain. Alhamdullillah Allah mudahkan urusan kami. Kami dapat menaiki bas last minute. kami menaiki keretapi tanah melayu dari Bahau. Keadaan keretapi tanah melayu disitu uzur. Harap maklumlah stesen lama kan. Kami terpaksa menunggu keretapi tiba selama satu jam.

keadaan kami ketika menunggu keretapi smpai.

antara lecures kami yang sporting..:)

ketibaaan keretapi ..:0

semangat semua rakan2 nak naik ktm. Maklmlah first time jalan jaoh naik ktm an..:P




Lepas naik ktm nie ada satu lagie dugaan terpakse kami hadapi. Kami dianggap seperti penumpang tidak sah kerana kami tidak menempah tiket awal. kami terpakse mmbayar denda sebanyak RM 20 sekepala kerana tidak mempunyai tiket. Dan kami tidak mempunyai sit. Kami terpakse berdiri sepanjang perjalanan sehingga ke Gua Musang. Apabila telah penat berdiri kami dengan thick-skinned, kami terpakse duduk di lantai. Rase da macam pelarian lagaknya. Dugaaaannnn... errmmm..

nie lar keadaan kami ketika berada dalam ktm..:)












Friday, December 28, 2012

MAKAN BABI BOLEH MEMPENGARUHI SIFAT MANUSIA ??

>

MAKAN BABI BOLEH MEMPENGARUHI SIFAT MANUSIA ??

Assalamualaikum..:)


Nie adalah pengenalam ringkas tentang babi..

Babi merupakan sejenis haiwan ciptaan Allah. Ia termasuk dalam keluarga mamalia dari spesies Artiodactyla. Ia hidup di semua benua kecuali Antartika. Terdapat beberapa baka ternakan babi dalam dunia, antaranya :

1. Baka  Berkshire - baka Inggeris berwarna hitam bermuka putih yang dijual sebagai pork dan bacon.  
2. Baka  Duroc  - berasal dari Amerika Syarikat yang berkulit kuning hingga merah gelap serta baik      untuk daging dan lemak.  
3. Baka Hampshire - berwarna hitam dengan lingkaran putih pada kaki dan bahu.  
4. Baka  Yorkshire atau  Large White -  kacukan Inggeris Cina yang banyak dikeluarkan untuk daging  dan bacon. Ia kerap diguna untuk mengacukkan babi.

So korang da tau kan serba sedikit tentang babi nie. Saya nak bagi tau beberapa fakta penting tentang bintanag nie sebalum kita masik kepada tajuk utama kita kenapa islam mengharamkan umatnya memakan daging babi.

Fakta penting tentang babi ialah Babi dikatakan mula menjadi binatang ternakan manusia sejak tahun 8000 SM. Kebanyakan babi ternak berasal daripada babi liar Eropah selain daripada China dan India. Di beberapa bahagian Melanesia, babi dianggap sebagai salah satu ahli keluarga, manakala di banyak tempat dibenua Oceania, kekayaan seseorang dikira daripada banyaknya babi yang dimiliki. Negara terbesar pengeluar babi  ialah  Cina dengan 39.9 juta tan setahun,  diikuti AS, German, Sepanyol dan Brazil. Pengeksport terbesar ialah Denmark dengan 1.3 juta tan setahun, diikuti oleh Belanda, Belgium dan luxormbourg, Peranchis dan Canada. Di Denmark, babi dua kali ganda daripada banyaknya manusia . So banyak lah babi kan kat negara dorang smpai dianggap sebahagian dari kelurga dorng. DAHSYAT BETUL.. 

Skarang kita masok kepada tajuk asal kita. Dalam al-quran Allah pernah berfirman :

` Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan 
darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah.
 (al-baqarah : 173.) '

Babi diharamkan dalam islam kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Pada zaman dahulu Imam Muhammad Abduh pernah datang melawat Perancis dan ditanya oleh penduduk di sana tentang babi dalam islam. Meraka bertanya bahawa pada zaman moden sekarang,babi telah dipelihara sengan begitu baik dan proses penjagaannya telah dijamin. Bagaimana . Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikrob lainnya.?"


Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi  jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."  
            
 Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar dilepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.  
                  
Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepaskan dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.  
        
Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, karena daging babi itu 
menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."  
              
Kemudian beliau memberikan contoh yang baik sekali dalam syariat Islam. Iaitu Islam mengharamkan beberapa jenis ternak dan  unggas yang berkeliaran di sekitar kita, yang memakan kotorannya sendiri. Syariah memerintahkan bagi orang yang ingin menyembelih ayam, itik atau angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga hari, memberinya makan dan memperhatikan apa yang 
ditelan oleh haiwan itu. Hinggalah perutnya bersih  dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteria dan mikrob. Karena penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya. Itulah hukum Allah, seperti itulah hikmah Allah. 

So.. nampak tak bertapa hebatnya agama islam. Islam amat menjaga kebajikan serta kemuliaan umatnya. So jauhilah diri kita daripada terlibat dengan najis ini. 



Sunday, December 23, 2012

# HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN

>

# HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN

Assalamualaikum..

saya nk share some story regarding our topic today. hehe. HIKMAH.. What i mean by that.? Apa cerita disebalik topik nie.? Nak tau..? jommmmmmm baca.. hehehe.:)

# first story

This happen when i were in third semester in uitm kuala pilah. I really don`t remember the date and day that thing happen to me and my beloved friend Raudhah. Maafkan saya.. :)

On that day, i do not get to stay in hostel. So my friend and i rent a house. Jadual sem nie sgt2 packed smpaikan malam pon ad klaz.. Klaz xpernah xde dr awal pagi smpai malam. Kos microbiology nie xmcm kos2 lain yg ad kat kampus i. So kira microbs student memang buzy tahap gaban lar.

Nak dijadikan cerita, lpas abis klaz mlm tu, i dan kwn i tetibe rase nk beli burger plak. So kiteorang singgah lar anjung nk beli burger. Time tu kami xbwk kenderaan sndri. So TERpakse lar pinjam dr akk2 senior yg satu rumah ngn kiteorg. Time nak balik tu TIBA - TIBA ( buat muke surprise sikit ) moto xbole nk start. Lama jugak lar kiteorang start moto tu. Dalam 30 minit ad kottt.. Skuteeeeerrrr je.. haha. Then kiteorang pura2 lar POMEN - POMEN moto tu sebab nk cover malu an. Sume orang da pndg. waduhhhh.. jatuh saham seyhh..

Then lama kelamaan rase geram datang. Da lar penat2 pastu moto buat hal plak an. Rasa hilang sabar pon ada time tu. Malu lagie. Rasa mcm nak sumpah seranah je moto nie an. Tapi nasib baik tahap kesabaran masih tinggi. So we call the owner of that motorcycle. A few minutes later she comes.

Then bile akk tu start skuter tu terus je hidup. Lagi lar ` PANAS' kiteorang. Then akk tu cakap nasib baik kiteorang xbalik awal td. Kat depan pagar uitm tu ad accident between car and motorcycle. One of the student yg bwk moto tu cedera parah and sorang lagi patah kaki.

Waaaa.... terkejut beruk kita orang.. Nasib baik an. Klu x msti kteorang lah mangsa kejadian tu. fuhhh.. Bile fikir2 balik ap yang terjadi kat skuter kami tu mesti da ketentuan Allah. Ada hikmah di sebalik kejadian. So rasa berdosa jugak sebab bnyak pikir yg enggak-enggak.

# second story

Time nie berlaku when i were in form two. Kan budak baru nak `UP' an. So rase teringin lar nak kapel-kapel nie. Ada satu boy nie ajak keluar one day. THEN i ask lar nk pergi mana and buat ap je bile jmpe. Dye kate nanti kita bole HOLD HAND EACH OTHER AND KISS EACH OTHER. bapak lar terok ko nie. Nasib baik time tu i xjadi nk kluar. Mak i xbagi keluar. So i rase Allah still sayang diri i and xnak i terjebak dalam perkara maksiat nie. Nauzubillah. Jauhkan kami dari zina dan maksiat Ya Allah.


Sooo as conclusion everything happen towards us have a secret meaning behind that. Allah already prepare something better for us without we know it and we think its not good for us. Actually, He already make the BEST (10000000X) preparations for us in the future. :)


Tuesday, December 11, 2012

# HOSTEL

>

# HOSTEL


Assalamualaikum w.b.
Hye awexs and balakzs sekalian.. hehehe J

Sape kat sinie pernah dok hostel.? Ap pndpat korunk when korunks kene left your beloved family and stay far2 away from our home. Best x..?
Actually for adiks – adiks yang akan masok asrama tu akak nk habak mai nie. Best gileerrrrrr dpt dok hostel.  You can gain a lot of experiences. Bnyak kwn2 baru korunks bole dapat. Nie akak ( akak lar sgt an ) nk cter akk dulu dok asrama since form 4 until now. Sape yang dapat dok hostel since secondary school SGT2 lah bagus because nt when korunks dpt msok university korunk  xkan rase HOMESICK and SEDEYH  tau. Nie akk cter base on experiences yang akk dpt when akk dpt time register  first time kat university, ramai collegemates akk yang HOMESICK and nangis waktu malam. Bukan kita nk mengejek dorunks tp just nk share ap yang kita tau.
Dulu time akk dpt masok asrama, my sister selalu mengusik kita tau. Sedeyh je. Huhu. Dorang xrase ap yg kita rasa tau. Since da dduk jaoh from our parents, barulah kita dpt rase bertapa pentingnya parents kita and kita akan sentiasa merindui mereka. Jujur akk nk bg tau yg dulu before akk dpt masok asrama, akk malu sgt nk ucap FURA SAYANG DAN RINDU MAK ABAH and CIUM PIPI MEREKA. Then bila sit far away from them, perasaan tu da HILANG SERTA MERTA.  Tak caye cube test. Adik akk yg slalu bergaduh ( xserasi ) ngn mak abah akk skrg selalu call them and become really close to them. Tu lar hikmah bila kita duduk jaoh n learn to be more independent.
That it from me..<3 o:p="o:p">
Love,
SAFURA ZAKI >J

Monday, December 3, 2012

BERSYUKUR..

>

BERSYUKUR..

Assalamualaikum w.b

Hye korunk2.. sihat..? 

Da lame xupdate blog nie.. Agak buzy jugak lar skrg nie.. da masok sem baru an. Waaaa..sekejap je mase walk an.. hahaha. Pelbagai rase lar bile masok sem baru nie. Lazy + excited sume mixed. Abis lar.. 

Hari nie saya nk share sesuatu yang korunks pon mesti tahu ap itu bersyukur an..? so xpe saya just nk bg tau jugak ap itu bersyukur. 

Dalam sebuah hadits riwayat Muslim diceritakan, suatu ketika Nabi Muhammad melakukan solat malam hingga kakinya bengkak. Melihat hal ini Siti ‘Aisyah merasa heran, lalu berkata: “Wahai Rasulullah mengapa engkau melakukan ibadah sedemikian rupa padahal engkau telah dijanjikan oleh Allah SWT dengan pengampunan atas segala dosa-dosamu baik yang lalu ataupun yang sekarang?” Rasulullah Saw menjawab: “Tidak pantaskah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

SO as hamba Allah susah ke kita nk bersyukur..? Akk roomate saya ad pernah ckp yang kita patot BERBANGGA dengan diri kita because we do not have a big problems as other people. Akk tu ckp kat luar tu ramai lagi yang ad masalah yang lebih berat dari kita. As an example kita patut feel very ( SEJUTA KALI ) GREATFUL sebab ad parents yang baik and always be with us even parents kita not reallly rich. But org kat luar tu ada yang xde parents and parents dorunk always gadoh2 an..? so korunk patot anggap diri korunk seorang yang amat BERUNTUNG melainkan orh lain. Never feel diri korunk tu LEMAH and MALANG tau.. xbaek mcm tu. 

 So korunk jgan sesekali menyesal and anggap diri korunks nie xberuntung. Saya ckp mcm nie because ramai org surrounding saya yg always condemn about their lives and themselves. PELIK ANNN!!! 

Ok lar.. setakat nie sahaja coretan saya. 

salam rindu,
SAFURA ZAKI..:)

Thursday, November 15, 2012

# SALAM MAAL HIJRAH

>

# SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum w.b.

Salam Maal Hijrah bagi semua umat Islam di bumi Allah ini.
Apa AZAM kalian semua bagi tahun baru ini..?
Semoga segala impian dan cita - cita kalian semua dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Amin InsyaAllah.

Azam saya pula adalah :

  1.  ingin menjadi anak solehah bagi kedua mak dan abah saya. 
  2.  menjadi kakak dan adik yang baik hati serta penyayang
  3.  menjadi umat islam yang bertakwa dan beramal soleh
  4.  menjadi sahabat dan kawan yang sentiasa membantu serta memberi dorongan kepada rakan-rakan yang lain.


Even dorunk slalu ckp yang azam nie xbole bagi tau org lain. Takot tak menjadi. Tp bg saya klu org lain mengetahui azam kita ini InsyaAllah azam kita ini akan terlaksana even not 100% become true. Ini kerana tanpa mereka yg berada di sekeliling saya,azam ini Tidak akan terlaksana. So bagi kawan - kawan di luar sana,besar harapan saya agar kalian dapat MEMBANTU diri saya yang lemah ini. Berilah dorongan dan nasihat apabila diri ini berada dalam KEKHILAFAN..

Baru2 ini result exam keluar. Bila sy tnye rakan2 yg lain How their result dorg ckp bole lar. Ayat yg paling sakit dan pedih bile rakan - rakan ckp ( ko msti DL a.k.a Dean List Safura.. Aq nie result biasa2 je. Aq xpandai mcm ko)..

Apa perasaan korunk when kawan2 korunk ckp mcm nie kat korunk..? Mesti korunk sedey an.. Saya rasa mcm nk nangis bile dorunk tulis mcm nie. Aq xsuke bile aku dapt DL sorg2 padahal rakan2 yg lain tak. Ingat aq bangga ke..? sikit pon tak. Aq nk DL bersama - sama rakan2 yang lain. Aku xnak DL sorg2. Aku sentiasa berharap agar aku dapt berkongsi kejayaan dan kegembiraan ini bersama2 rakan yg lain tapi apakan daya. Aku tidak mampu mengubah takdir Allah.

harapan aq agar semua rakan2 ku memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.. amin..

Saturday, November 10, 2012

# FIRST TIMER.

>

# FIRST TIMER.

Assalamualaikum..

hai korunk.. Todays saya nk share story about my first timer tidor sorang2..hahaha..Mesti korunk rase thats was funny and annoying. kan2.. Then saya xkisah. Saya yang tulis an..hahaha.

Before this aq tido bertiga termasok diriku sendiri. Aku berkongsi bilik bersama adik-adik perempuan ku. But now aq tgah cuti sem for one month. So aq terpaksa tido sorg2 bcoz all my sisters ad dkat hostel and college. Dorg study. Dulu my dad buat bilik tu extra big because kan tiga org penghuninya. So bila aq dok sorg2 dalam bilik yang extra big tu rase macaam lain pulak. hahah. Kadang2 rase seram pon ad. heheh..:)

So i tell my friend SITI RAUDHAH about this. U all know what she told me that 
`` Nanti klu ko da kawen, then husband ko kluar outstation or on call ( macam future husband aq doktor lar kan ) macam mane.? Takkan ko nk MEMBONTOTI je suami ko..hahaha"

Aq ingat dye nk bg dorongan. Rupenye kene bebel. hehehe. Bile dipikir-pikir batol jugak an. So aq pon da TERbiasa lar jugak tido sorg2 nie even rase takot tu masih ad.

Aku pernah mengajak adik lelaki ku menemaniku. Dye pon smbong bebel kat aq. Dye cakap bnde yang same kat aq. Then sometimes dye suke takot2 kan aq bile time nk tido. Kureng ajar betol mamat tu. hahaha. Now aq da BERJAYA tido sorg2. So korunk2 kat luar tu yg slame nie tido sorg2 aq memang TABIK SPRINGGGGG LAR. haha.

So konklusinya Practise make perfect. Buat bilik after this kecik2 je. hahaha.

Saturday, November 3, 2012

# SHOPPING TIME..:)

>

# SHOPPING TIME..:)

Assalamualaikum....

Tgok tajok kat atas msti kornag ingat diriku ini seorang kaki shopping an.. hahaha..Its ok..Itu memang sifat zahir kaum Hawa..:P

But kaum Adam ad jugak segelintir yang kaki shopping gak tau. Lagi terok ad kot. Mengalahkan kite nie kaum pmpuan. hahaah.. 

Act , aq bukan shopping baju,dress or what so ever tuu.. Nk tau aq shopping ap..? 
Nie ha..:P


Thanks so my beloved dad sbb sudi antarkan dkt bookshop untuk beli novel even cuaca dlm keadaan xmengizinkan.. Time beli these novels hujan lebat sngt. But my abah snggup pergi demi memenuhi kehendak diri ini.. thanks abah. Nt fura blanja cendol yea..hahaha..

Aq sggup spent dlm beberapa ratus demi membeli novels tau. Dont be surprise. Nk carik novel yang betol2 memuaskan hati sggatlah susah. Abah snggup menuggu anaknya ini mncari novel dlm beberepa jam. hahaha. Susahkan nk carik leleki yg sggup tggu mcm nie zaman skarg. Teng..teng.. nak cari husband mcm nie jugak lar..:P 

Aq seorang yang simple dalam pilihan baju n lain2 tu. Eksesori wanita pon same. Aq tidak akan mengambil masa yang lama seperti aq mmbeli novel dalam shopping barang wanita. Semuanya yang ok aq amik je. Btw slalunye my mum yg pilihkan. So ap yg terbaik bg my mum i take it. All my dress n shirt my mum , my sis and also my big brother yg pilih. Dorg kate nie suitable. So without any boundaries i just take and buy. hehehe.. 

So sape2 nk bg birthday present lepas nie , please lar bg novels yea..hahahaha... kan murah..:p

Thursday, November 1, 2012

# BEST FREND FOR EVER

>

# BEST FREND FOR EVER

Assalamualaikum...


"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.




Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.




Sahabat sejati menjadi pendorong impian.




Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan pada Yang Maha 




Esa".




INsyaAllah


Rase rindu ini sudah tidak dpt kutanggung lagi.. Rindu sgt kot kat kwn2.. Tp apakah daya. Semua orang buzy study kan. Study lebih penting. Bagi diriku, kenangan semasa tingkatan 3 amat - amat bermakna dalam diriku. Pelbagai kenangan yang pahit dan manis bagi diriku dan sahabat - sahabatku. Andai dapat ku undur  mase, ingin aq kembali dan sentiasa bersama mereka.. Cewaahhh.. tibe2 ayat jiwang pulak an..

Bagi mereka yang bersahabat dan berkawan dgn sahabat - sahabat ku ini, kamu semua mat beruntung kerana dapat berkenalan dengan mereka. Mereka yang istimewa ini ialah  :

1) AMIRA BINTI ADNAN
2) MUHAMMAD WAFIY BIN SUHAIMI
3) EZREEN HAZIRA BINTI JOHAR
4)ARSHIA HENA BINTI HUSSEN
5) ZAHIRAH BINTI ZULKIPLI
6) ISA JUSOF
7) HAFIZ BIN MUSA
8) MOHD KHAIRULLAH 
9) ANIS SUHAILAH BINTI ABU YAZID





Masih ingat kan mereka terhadap diriku ini..? Jika mereka membaca coretanku ini, ingin ku katakan aq sangat merindui kalian. Kalian lah sahabat ku dunia akhirat. Rase cemburu juga apabila melihat kalian bersama orang lain tp tu biasa lar kan. Xkan nk berkwn dgn diriku sorang je. hehehe. 
 Tinggi harapan aq ingin bersama kalian lagi sekali. Kalian sering berada di samping diriku sentiasa. Masih ingatkah kalian saat kita study dan beraya bersama..? Sangat indah kan.. Rase nk nangis je skrg. :(

Doaku sentiasa bersama kalian. Semoga kita bersama lagi sehingga akhir hayat..:) 

Amin..:) Saranghae..

Tuesday, October 23, 2012

SPENT YOUR TIME FOR ALLAH

>

SPENT YOUR TIME FOR ALLAH

Assalamualaikum..


Pada malam yang cukup sejuk dan nyama ini , saya terfikir hendak berkongsi dengan sahabat - sahabat semua tentang pandangan saya sepanjang pemerhatian saya selama ini . Kita sebagai manusia sering alpa dan lalai dalam mengingati Allah . Siapa Allah di hati kita..? Adakah Allah penting dalam hati kita..?

Mengingati perkara ini ,  hati saya diruntun pilu melihat ramai umat islam di luar sana yanag alpa dalam mengingati Allah. sedih  + pilu melihat semua ini. saya bukan lah seorang alim ulama.. Tapi saya kasihan melihat umat islam hari ini rosak . Bukan semuanya tapi kebanyakan mereka lalai. sahabat - sahabat sendiri msti mngetahui perkara tersebut kan. Terutamnya bab solat. ramai di kalangn umat islam terutamnaya para remaja memandang ringan tentang solat. solat itu tiang agama sahabat- sahabat sekalian. Korang xrasa bersalah ke tinggal solat.? kebanyakan alasan mereka mengatakan umur masih panjag. Ingat!!! kematian tidak mengira usia .Ramai yang mati dalam usia muda. kalau korang xmati awal pon tu sebab Allah nk bagi peluang kat korang suapaya bertaubat. Ingat lah tujuan kita hidup kat dunia ini, tujuan Allah menciptakan kita untuk ap? supaya kita beribadat kepadanya. Beribadat kepada Allah tidak semestinya berada di dalam masjid selama 24 jam. kita makan ,  minum , tido , dan semua perkara yang kita lakukan dikira beribadat kepada Allah.

susah ke nk solat..? spent masa kat Allah wahai sahabat. Allah sangat sayang kat kita semua. Bukan dengan cara solat je korg dapat dekatkan diri dengan Allah. Berzikir , sentiasa mengingati Allah dgn cara melihat alam ciptaan Nya juaga merupakan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Jangan waktu kita susah baru nk mendekati Allah. Ingat Dia sentiasa. bukannya susah nk mendekati Allah. Allah amat merindui hambanNya mendekatiNya setiap waktu. Allah berada dekat dgn kita . Jika kita sayang Allah, insyaAllah.. Allah pasti akan sntiasa bersama kita walau susah atau senang. 

salam muhasabah diri..:)

Wednesday, August 29, 2012

CALON MENANTU..:)

>

CALON MENANTU..:)

Assalamualaikum w.b.

Hai sahabat - sahabat smua..? sihat..? Harap anda semua berada dalam rahmat Allah 
sentiasa.. Amin..:)


 Hari Ahad yang lepas ana bersantai bersama mak dan abah ana. Ana bertanya lar kisah percintaan mak dan abah ana. Macam mana mak dan abah ana bercinta.. heheh..

" Mak.. dulu sape yang mengurat dulu.. mak ke abah start dulu..?"

" Zaman mak ngn abah dulu xde maknanya nk bercintan-cintun nie.. buang mase je. Arwah atok ko yang jodohkan mak ngn abah. Mak terima je. Ikot cakap parents kan..Ikotkan hati mak xnk je. Mak dulu ramai peminat..hahahaha" kata mak ana sambil menjeling ke arah abah ana.

" perasan je mak ko tu.. Abah dulu semua prempuan nak kat abah. Tp mak ko jugak abah sayang..hahaha.." kata abah smbil mengenyitkan mata ke arah mak ana.

Mak ana ada memberitahu iaitu pada zaman 60-an , calon lelaki yang menjadi ranking paling top untuk dijadikan calon menantu ialah lelaki yang bekerja sebagai askar. Semua orang mengidamkan askar untuk dijadikan sebagai menantu. Termasuklah abah ana. Abah ana seorang askar. Sebab itulah arwah atok ana mengambil abah ana sebagai menantu.

Selepas zaman askar berlalu ,  diikuti pula zaman cikgu. Semua orang mencari seorang guru -  guru muda untuk dijadikan menantu. Kemudian diikuti pula zaman usahawan muda aka businessman. Pantang je nampak usahawan muda yang bergaya @ kaya , dialah menjadi rebutan ramai. 

Di zaman ana sekarang ramai pula mencari seorang ustaz. Semua remaja perempuan tergila-gilakan ustad. Ustad menjadi pilihan ramai kaum hawa di zaman sekarang. Alhamdulillah.. Akhirnya semua mahu kenbali ke jalan yang benar.. hehehe..

Mak ana bertanya lagi :

"ko pulak nk carik lelaki kerje ape nt..? ustad jugak ke..? " 

Bagi ana cukuplah seorang lelaki itu beriman , bertangungjawab , penyayang dan paling penting dia mestilah pandai menyelesaikan masalah dan berfikiran terbuka. Ana tidak memandang harta dan paras rupa. Klu dapat yang macho itu org kate rezeki..hehe.. 

So bak kate mak ana : 

JODOH TU BIARLAH ALLAH YANG TENTUKAN.. DIA TAHU APE YANG TERBAIK UNTUK DIRI KITA. KAN ALLAH AD BERFIRMAN BAHAWA LELAKI YANG BAIK HANYALAH UNTUK WANITA YANG BAIK.. SO JADILAH BAIK AGAR MENDAPAT SUAMI YANG BAIK JUGA.. AMIN..:)

Saturday, August 25, 2012

7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

>

7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


ASSALAMUALAIKUM W.B


Ana nk share ssuatu yang interesting buat sahabt semua.. Harap korunk dpt mengenali diri anda semua dgn lebih dkt..:D

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut!

>

7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut!

Assalamualaikum w.b

Hai korunk.. Apa khabar..? chat..? Ana ad bnde nk share ngn korunk.. Ana td sambil2 online fb ana terbaca satu artical nie.. Harap bermanfaat untuk diri ana dan sahabat - saahabat ana sekalian.. Selamat membaca..:0



Hiasan
Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.
Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”